Abullaits meriwayatkan dengan sanad Abu Ahmad Abdul- Wahab bin Muhammad Assamarqandi dari Humaid Aththawil dari Anas bin Malik r.a berkata :
Jika Allah akan memberi seorang hamba kebaikan atau akan dijadikan kekasihnya maka dituangkan bala’ atasnya dan digerojok sederas – derasnya. Lalu apabila hamba itu berdoa kali keduanya maka disambut oleh Allah:
“Labbaika wasa’daika, tiadalah kau meminta sesuatu melainkan Aku berikan atau Aku tolak daripadamu yang lebih bahaya, dan Aku simpan di sisi-Ku untuk mu yang LEBIH UTAMA. Apabila tiba hari kiamat dihadapkan orang – orang ahli ‘amal lalu ditimbang ‘amal perbuatan mereka termasuk solat, puasa, sedekah, ibadah haji menurut timbangan masing – masing. Kemudian didatangkan ahlil bala’ ( yang selalu diuji / diberi bala’ oleh Allah ), bagi mereka ini tiada timbangan ‘amal tetapi pahala itu dituangkan sederas – derasnya sebagaimana dahulu di dunia dituangkan bala’ yang sederas - derasnya. Sehinggakan orang – orang yang sihat afiat yang melihat mereka ini, ingin andaikan diri dan badan mereka digunting – gunting kerana melihat pahala yang diterima oleh ahlil bala’ itu. Itulah kebenaran firman Allah:
“SESUNGGUHNYA AKAN DIBAYAR TUNAI PAHALA ORANG – ORANG YANG SABAR ITU TANPA PERHITUNGAN”
[ Sumber: Tanbihul Qhafilin ; Abullaits Assamarqandi ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan