Rabu, 29 Jun 2011

HIKMAH 9

Amalan hati samalah seperti ‘amalan lisan dan sebutan. Sewajarnya juga ‘amalan itu kena pada masa dan ketikanya. Seorang ‘ulama’ saleh ada berkata:



“Setiap hamba itu mempunyai empat waktu iaitu Nikmat, Ujian, Ketaatan dan Maksiat. Tiap – tiap waktu ini Allah Subahanallahu Wata’ala pertanggungjawabkan ke atas kamu supaya kamu gunakan masa – masa itu dengan JUJUR mengikut hukum dari Allah Subahanallahu Wata’ala.



· Siapa yang TAAT maka terbuktilah suatu pemberian Allah kepadanya.



· Siapa yang memperolehi NIKMAT, maka hendaklah dia bersyukur dan bergembira di dalam hati kerana itu adalah kurniaan Allah padanya.



· Ada masanya seseorang itu melakukan MAKSIAT, maka hendaklah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah s.w.t.



· Ada masanya, seseorang itu menghadapi UJIAN, maka hendaklah dia menerimanya dengan rela hati disamping bersabar. Kerelaan hati ialah rela dengan segala ujian daripada Allah. Kesabaran ialah tabahkan hati sepanjang masa menghadapi ujian daripada-Nya.



[ Sumber: Detik – Detik Masa Dalam Kehidupan Muslim; Dr. Yusuf Al-Qardawi ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan