Isnin, 7 Februari 2011

HIKMAH 1

Dalam peristiwa raji’ beberapa pendak’wah Islam telah dibunuh. Sewaktu mereka dalam perjalanan ke daerah ‘Adal dan Qarah untuk mengembangkan da’wah Islam dan membimbing penduduknya. Diantara yang terbunuh itu ialah ‘Asma bin Sabit. Ketika beliau hendak dibunuh beliau sempat menggubah sebuah madah yang berbunyi :

“Apa cacatku jika aku manusia tabah dan gagah,

Busar panahku teguh dan kukuh sentiasa,

Dari busarku nan kukuh meluncur panah,

Maut itu kan hakikat dan hidup itu maya,

Segala yang ditakdirkan Tuhan pasti,

Mengenali seseorang, bukanlah kepada Allah jua ia akan kembali”

Seorang lagi yang menerima nasib yang sama ialah Khubaib bin ‘Adi. Ketika ia dibawa keluar daripada kawasan Masjidil Haram untuk dibunuh ia meminta kepada orang kafir itu supaya membenarkannya sembahyang dua raka’at. Selepas itu ia datang semula. Dan dia berkata:

Kalaulah tidak kerana kamu mungkin menyangka aku takut mati,

Nescaya aku akan menambah lagi kadar sembahyangku”

Beliau lah orang yang pertama memulakan ‘amalan sembahyang dua rakaat apabila hendak dibunuh. Kemudian beliau berdoa dan kemudian bermadah:

“Sekiranya Allah menghendaki berkat,

Pada anggotaku yang hancur lumat,

Persetan tubuhku dibunuh mati,

Untuk Allahlah kematianku pasti”

( Dipetik daripada : Bahtera Penyelamat ; dalam kehidupan pendakwah – Fathi Yakan )

Jumaat, 4 Februari 2011

Selamat Menghayati Cinta Ilahi....


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Para pembaca blog yang dicintai. Bagi menyahut seruan dakwah yang menjadi kewajipan semua, sekali lagi saya cuba mengusahakan sedikit paparan hikmah yang saya petik daripada pelbagai sumber. Untuk usaha kali ini, saya cuba memuatkan kandungan hikmah yang lebih ringkas dan mudah difahami bagi semua golongan. Blog JALANKU MENUJU KE AKHIRAT ini lebih menumpukan petikan hikmah yang diharapkan dapat melembutkan jiwa yang telah lama jauh daripada sentuhan CINTA ILAHI. Besar harapan saya agar hikmah – hikmah ini dapat dimanfaatkan seterusnya menjadi rujukan rohani bersama dalam menempuh ujian jiwa yang sangat mengkhuatirkan. Salam Cinta…Saya Saudara SeIslam-kalian…Wassalam..